cAm bEst jE n!h...
jemput la bac0 nyooooor
19 May 2007
bad memory 2oo7
lama x update blogger ni..mbr blog pun dah putus asa nak mengunjungi umah aku ni ek..huhu..so sory maa...
meh nak syer citer sedih ngn korang..baru2 ni aku dalam perjalanan ke hQ kat kL...
dalam perjalan kat h'way lepas pada hentian chen0r, tah macam mne tah muncul sebuah lori balak...kena himpit..isk....alhamdulillah la x duduk bawah lori 2...
dah la lori 2 sarat ngn balak...yang hampehnyer lps kena langgar dia blah gitu je...xtau la x prasan or saje lari....tinggal lah aku terkapar2 dengan keadaan keta berasap lps kena air bag....
tapi k la..dapat gak merasa mende 2 kuar...huhuhu...
yeng sedih...xcident 2 kul 4 pagi...rep0rt kat smartass kul 11.30 baru datang tunda..abayangkan kat tempat t0l temerl0h 2..mne ade jual pe2..panas..lap0...teruk tul drg ni..macam mne la servis...dalam buku ke main lg..leh claim hotel la..keta sewa la...servis pantas la...
datang kul 11.30...tumpang keta tunda buruk drg 2...kul 6 baru sampai..isk....6 jam dari temerl0h ke kuantan w00000....mau patah pinggang..dh la letih..
dah 3 minggu lebih x siap2 lagi keta...lepas tgl keta...drg x k0l or kontek ape2 pn...aku jgk yang kena k0l tanye mcm mne...mcm mne....arghhhhhh...tensen tul drg nih....masa amek manis je....
hope amek nnt xde masalah la lain la plok......
21 November 2006
takziah
Ta‘ziah dari segi istilah bererti menyuruh seseorang dengan bersabar dan mendorongnya dengan pahala yang dijanjikan, memperingati daripada dosa, mendoakan bagi si mati dengan keampunan dan mendoakan bagi orang yang terkena musibah dengan mendapat penggantinya. (Mughni al-Muhtaj: 1/481)
Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menziarahi keluarga si mati atau orang yang terkena musibah. Amalan serupa ini amatlah digalakkan oleh Islam. Akan tetapi hendaklah diingat dan dijaga batasan-batasan dan etika yang diajarkan oleh Islam berhubung menziarahi keluarga si mati atau orang yang terkena musibah.
Para fuqaha tidak berselisih pendapat dalam mengharuskan ucapan ta‘ziah kepada orang yang ditimpa musibah sama ada disebabkan kematian atau kebakaran dan sebagainya. Bahkan ta‘ziah itu sunat diucapkan kepada mereka yang ditimpa musibah, sebagaimana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
"Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan ta‘ziah pada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah Subhanah memberikannya pakaian daripada pakaian kehormatan di hari qiamat.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Adapun ta‘ziah itu sunat diucapkan kepada ahli keluarga musibah pada keseluruhannya, sama ada terdiri daripada orang dewasa lelaki dan perempuan atau pun kanak-kanak yang berakal. Akan tetapi tidak boleh mengucapkan ta‘ziah itu kepada perempuan yang muda melainkan sesamanya perempuan, suami atau pun mahramnya. Ini kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah.
Waktu Dan Jangka Masa Ta‘ziah
Sunat mengucapkan ta‘ziah kepada ahli keluarga musibah sebelum dan selepas menguburkan si mati. Adapun lebih afdhal mengucapkan ta‘ziah itu selepas menguburkan si mati kerana kesibukan ahli keluarga pada menguruskan mayat si mati. Berlainan halnya jika ahli keluarga itu terlalu sedih dan resah sebelum dikuburkan mayat tersebut, maka afdhal didahulukan ta‘ziah itu bagi menghilangkan kesedihan dan keresahannya.
Ucapan ta‘ziah kepada ahli keluarga musibah itu, hendaklah tidak melebihi kira-kira tiga hari lebih kurang. Kerana dalam jangka masa tiga hari itu, ahli keluarga musibah pada kebiasaannya hati mereka sudah mula tenang dan tidak merasa sedih dan resah lagi. Oleh yang demikian, makruh mengucapkan ta‘ziah kepada ahli keluarga si mati selepas berlalunya tiga hari agar tidak menimbulkan lagi kesedihan mereka. Akan tetapi jika salah seorang di antara orang yang mengucapkan ta‘ziah dan orang yang diucapkan ta‘ziah itu tidak ada pada masa tersebut, maka harus diucapkan ta‘ziah itu selepas tiga hari.
Sunat bagi jiran dan kaum karabat yang jauh menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada ahlinya ketika mendapat khabar kematian Saiyidina Ja‘far bin Abi Thalib: yang maksudnya :
“Kamu buatkanlah makanan bagi keluarga Saiyidina Ja‘far, sesungguhnya telah didapati mereka itu kesibukan (atas kematian Saiyidina Ja‘far).”
(Hadis riwayat Tirmidzi)
Adapun bagi ahli keluarga si mati itu sendiri adalah makruh menyediakan makanan dan mengumpulkan orang ramai bagi menjamu jamuan itu, kerana ia boleh menambahkan lagi kesedihan, kesibukan di samping menguruskan jenazah dan ia juga boleh menyerupai perbuatan orang jahiliah dan perbuatan ini juga adalah bid‘ah makruhah. Sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Jarir bin Abdillah Al- Bajaliy berkata yang maksudnya :"Kami (sahabat) mengiktibarkan berhimpun di tempat ahli keluarga si mati dan mereka (ahli keluarga si mati) membuat jamuan makanan selepas penguburan si mati: itu adalah sebagai satu niyahah (ratapan).”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Adapun jika jamuan makan yang biasa dilakukan itu bertujuan untuk mendapatkan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi si mati, maka tujuan itu adalah baik.
Akan tetapi jika ahli keluarga si mati itu memberatkan diri dengan berbagai-bagai makanan dengan tujuan ria’, bermegah-megah dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada ria’ dan bertujuan untuk meratapi si mati, maka itu adalah perbuatan orang jahiliah.
sambutan raya xybase technologies sdn bhd
entry ni penutup entry rayer la nih......
bargambar kenangan...
budak hencem xybase..g0s0k jangan xg0s0k :p
habis sumbat singki....muahaha.....basuh jangan x basuh...
pemalunyer....... :p
p0sing lepas penat melayan....
0rg suruh isi makanan..bukan p0sing cik akak... :D
krg perasan x..aku makin kekurangan sesuatu..muahahaha... isk..
weh..ape nih kacau tempat menyambut tetamu nih...
makan puas2...nyammm2...
18 November 2006
bbq malam rayerrrrr.....
Aku xtau nak update ape….memandangkan musim rayer xabis lg aku letak je la gambar masa aku bbq malam rayer ek….
Memang tiap2 tahun aku buat bbq ngn mbr kat kmpg..tapi tahun ni aku join ngn bdk kat umah je……tgk cuaca pun smacam je..
Tp mmg ujan pun malam 2..mula2 ingat macam nak batalkan je..tp alang2 dah siapkan semua…..
Lg pun malam 2 ade agenda lain….muahahaha…kt0rang nak smbut besday member aku…pesta telur n tepung la… :)) ok la 2..masa blaja dulu..siap campur budu,p0y0k,air st0kin,kari,sirap…….yark….
tunggu barang2 sampi......
ok....bakar...hu3....
asap..pedih mata....tapi wak2 ni ujan dh mula renyai2
cari tempat perlindungan..pond0k sempit...yang lain duk la bawah p0k0k... :))
nampaknye masih x berputus asa..ade ke 0rg buat bbq dalam ujan.. :))
terpaksa la ala kadar je..makan2
dh semua basah...mcangkung je la....
pinggang plak x cukup..syer2 la.....
cian krg makan dalam keadaan basah...
tapi xpe la......masa ni je malap ckit...jeng2........pesta dah nak bermula........
tepung + telur
nah amek muuuung... :))
ahakz.....ape salahku....
cian tul...xdapat lari...hu3
dh nak basuh pun kena lg...muahaha
jaga..ade budak nak mengamuk... ha3
17 November 2006
:' )
ROSSA
Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Kasih....maafkan aku kerana terlalu mudah mengaku kalah..tewas sebelum berjuang.....tapi ketahuilah.....hanya kau lah satu cinta pertama ku...
Aku mengalah bukan kerana aku pengecut..tapi demi kebahagiaan kt berdua...kau pun tahu....restu itu penting.....walaupun kelak kan mendapat restu tapi aku juga takut andai perkara ini akan berbangkit.....aku xingin dijadikan penyebab kekesalan dikemudian hari...cinta x semestinyer dimiliki....aku pasrah...
Bukan mudah melepaskanmu....usia cinta kita bukan setahun dua..tapi....aku harap kau bahagia dengan pilihan mu..jangan sesekali kesal dengannya...usah dikenang cinta ilusi bersama ku dahulu...
tapi walau bukan lg kekasih...bagiku kita tetap teman tapi mesra........
Janjiku...sentiasa ada untukmu....
06 November 2006
kapas island
hari pertama..nak bert0lak
tu cincang ke pe 2..besar2 nak bg sape tah makan.. :p
main galah panjang.....
sebelum masuk utan..jungle tracking
ahhh..penat tul...p0sing lu...
b0t sap0 la nih..
weh mizan..k0 nak angkat batu 2 buat aper...
tah ape tah mamat baju biru 2 tunjuk..
blakang aku 2 gua kelawar..bucukkk
ngemas nak balik
tunggu b0t pun sempat lagi p0sing...
19 October 2006
rayERRR
18 October 2006
cara jalan wanita
Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
"Sekadar ramalan... harap beri pedoman..."