12 September 2006

Gerakan memurtadkan 0rg melayu islam



Sejarah telah mencatitkan bahawa kemegahan dan keagungan islam mula dicarikkan sedikit demi sedikt bersama keruntuhan Daulah Islamiah Uthmaniah pada tahun 1942. mutakhir ini gejala murtad mula menyerang 0rang² islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakkan yang terlibat ialah anak² yang kurang pendidikan agama. Antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh org melayu (murtad kepada agama lain) ialah hindu, kristian dan budha, di mana agama kristian merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa. Manakala mereka yang mertad kepada agama hindu dan budha hanya melaui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang.

Sejarah telah menunjukkan proses kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 masehi lagi. Sekiranya kita melihat kota Melaka kita akan mendapati di sana terdapat banyak gereja² yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama kristian di Malaysia. Di salam Kpta Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka yang berdiri megah dalam A FAm0sa.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapus saki baki gerakan tersebut. Tatapi peristiwa Natrah menggugat sentiment orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat islam tercabar. Peristiwa tersebut menjadi catatan sejarah penting umat islam itu amat melukakan hati umat islam. Tapi yang menyedihkan apabila Kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannyar iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh.

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40” kerana Malaysia salah satu negara yang terletak dalam garis lintang 10 dan 40 peta dunia ( sumber : berita harian 4 feb 1997). Malah di dalam sebuah lap0ran utusan Malaysia bertarikh 3 feb 1997, Jabatan Agama Johor bersama – sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran kristian dalam bahasa melayu. Buku² tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Salah satu taktik kafirrun…


4 kes murtad anak melayu

Peristiwa Jamaluddin @ jeshua othman (1987) daripada Jalan Daud, Muar, Johor merupakan titik tolak kepada dakwah terang – terangan kristian setelah kian lama berselindung disebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut jushua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana menyumbatnye dalam ISA atas alas an menyebarkan dakyah kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak melayu telah berjaya dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alas an undang² kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari l0kap ISA. Pemimpin kristian melayu tersebut akhirnye telah dibebaskan.

Pada tahun 1996 hartina kamaruddin daripada Kampar Perak telah murtad kerana mengikut agama suami berbangsa India bernama rajeswaran. Hartina telah menunjukkan surat² sumpah kepada keluarga bertarikh 1 sept 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak lg mempraktikkan agama islam lg dan telah menukarkan namanyer kepada nivashiny rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh pada 24 mac 1996

Pada tahun 1997 umat islam dikejutkan lg dengan kes murtad n0r aisyah bokhari daripada pontian. Johor yang berkahwin lari dengan se0rg pemuda bukan islam berbangsa cina. Nor aisyah adalah lulusan diploma in banking dari itm bekerja disebuah bank Jalan Ampang merupakan se0rang yang warak, anak seorang iman dan mampu menghafal surah yassin. Beliau telah lari daripada rumah di pontian dan dipercayai telah dimurtadkn kerana mengikut ajaran suami…

Pada tahun 1998 azlina jailani berbangsa melayu keturunan jawa telah dimurtadkan dan menukar namanye kepada lna j0y. ayahnye bernama jailani bin sharif dan ibu bernama kalthum bin omar. Azlina telah mengistiharkan tidak mempraktik agama islam sejak lahir, beragama islam sepenuhnye sejak tahun 1990. mempunyai sijil baptis dari gereja baptis our lady fatima di brickfields dan pada tahun 200 telah menyatakan ingan mengahwini seorang lelaki India beragama kristian.
HARI INI ORANG MELAYU TIDAK BOLEH LG BERDIRI MEGAH MENYATAKAN MELAYU ISLAM. SEKARANG BANGSA MELAYU TIDAK LAGI AGUNG DISISI ALLAH MELAINKAN MEREKA YANG BERIKTIKAD DI DALAM JIWA DENGAN DUA KALIMAH SYAHADAT. KALAU DULU SERATUS PERATUS MELAYU ADALAH ISLAM, TETAPI SEKARANG MALU RASANYA KALAU HENDAK MENGAKUI BEGITU LAGI…
RASULULLAH MENUMPAHKAN DARAH DAN KERINGAT UNTUK AGAMA HINGGA TERCABUT GIGI DI L0NTAR BATU DENGAN SERIBU PENGHINAAN TAPI UMATNYE ZAMAN SEKARANG BEGITU DAIF….BANGKIT LAH WAHAI UMAT MUHAMMAD…..
ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR…..



“ barang sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu dia mati maka jadilah dianye itu kafir di dunia dan terhapuslah segala amalannyer di dunia dan mereka menjadi penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnyaselama²nya ”
Surah AL-BAQARAH ayat 217



Strategi musuh islam

Mempengaruhi umat silam melalui industri fesyen dan hiburan
Menjual prodak yang haram disisi islam
Melahirkan mubaligh di kalangan orang melayu
Menggoda gadis dan pemuda islam untuk bercinta dan berkahwin dengan penganut mereka
Menuntut kebebasan murtad
Penyebaran injil/alkitab dalam bahasa melayu
Mewujudkan ng0² seperti ifc


Tindakan anda

Membeli prodak yang disahkan halal
MENINGKATKAN PENGETAHUAN TERHADAP ISLAM
Mendekatkan diri dengan organisasi islam
Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan
Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Menjauhkan diri dari program hiburan yeng tidak berfaedah
Sentiasa mengambil tahu hal ehwal umat islam
MENJAGA SOLAT 5 WAKTU




*p/s : artikal ni aku amek masa aku g kdai nset…so aku tlg la sebarkan dalam bl0g nih….sape² yng nak sebarkan copy la….tq..
HIDUP ISLAM…

vespa 1

baru² ni aku ada join dak² vespa conv0...kat terengganu mmg tiap² tahun ada buat pertandingan vespa kebangsaan sempena MERDEKA...gempak jugak kat cna..peyertaan terlalu banyak smpi pengadil pn pening nk buat keputusan...paling menyer0n0kkan masa konv0i ramai²..macam² kes la yang leh teng0k..ada tayar tercabut la...ekz0s jatuh la...ahakz..dh namanyer antikkan...tp best tgk muka cuak diarg time tuh...gelak mmg sampai tahap pecah perut la...
yang j0in team 0rg lama (org tua²) plak lg la nanyer...bayangkan(pejam mata tau...bayangkan nih) perjalanan patut xsampai 1 jam jd berjam² c0z berenti hisap r0k0k la..minum air la...buang air la...ni la..2 la...rasanyer xterkira betapa bnyaknyer tempat drg berenti....dh la bwk ala² p.ramlee d0k ng0rat sal0ma...hu3tp kesimpulannyer...best.....c0z lama xj0in drg n pengalaman........




















posing sebelum blk..
















ayam bap0k tunggangankU.......















berenti rehat jap..panas giler ari tuh..
















ops mak msg suruh beli gula...aiseyyyy....
hu3















jejaka vespa..berkenan sila hubungi 911..

cepat² pakcik nak amek gamb0r nih......

anak² sape la nih..terbi0r..sape² yang rase

knal leh kontek kt0rg..xltk gmbr nih nangis lak krg..

11 September 2006

VESPAAAAA

tgk la..ni br ckit..x sebelah tepi lagi...banyak giler vespa.....rase nak amek satu...

keteg0ri lambretta..payah dh nk cr ni....
atas dan bawah ni mmg kegilaan peminat vespa...antik..kita0rg panggil "ayam bap0k"..
nakkk...nakkk satu....hu3.....

09 September 2006

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU


NABI MUHAMMAD SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah swt untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti nabi-nabi lain, umat Nabi Muhammad saw telah diperintahkan untuk mengerjakan lima waktu setiap hari.

Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah terhadap umat Nabi Muhammad saw di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika hari perbalasan kelak. berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam as iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam as pun sembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur kerana Baginda terlepas daripada kegelapan malam.

Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim as iaitu tatkala Allah telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail as. Seruan itu datang pada waktu gelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah.

Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus as. Tatkala Baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana Baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada empat kegelapan iaitu:

Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan

Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut

Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam

Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib Nabi Isa as iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya, Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa as. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Sumber dari : Halaman 71, Majalah Al-Islam, JUN 2005

Wahai orang-orang yang beriman
janganlah kamu menyangka buruk, Sesungguhnya prasangka itu adalah
berdosa dan janganlah
kamu mencari-cari kesalahan orang lain.

Hujurat : 12

SIFAT PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA

Sifat penghuni Syurga:
-Wajah yg manis & ceria
-Tutur kata yg sopan
-Hati yg lembut & bertaqwa kpd Allah
-Tangan yg dermawan

Sifat penghuni neraka:
-Wajah yg bengis dan muram
-Tuturkata yg keji
-Hati yg keras & ingkar terhadap Allah
-Tangan yg kedekut

Seorang Ulama' besar Hatim Ibn Asom berkata;
Empat perkara yg hanya diketahui oleh empat
jenis orang akan nilainya......

-Nilai kemudahan ~hanya diketahui oleh org yg tua
-Nilai kedamaian ~hanya diketahui oleh org yg
ditimpa bencana
-Nilai Kesihatan ~hanya diketahui oleh org yg sakit
-Nilai kehidupan ~hanya diketahui oleh org yg mati

Kata ulama':
"Janganlah kamu berkawan selain dari salah
seorang dari 2 org ini:"

1)Org yg engkau dpt pelajari drpnya sesatu
tentang urusan agama-mu,lalu dia mahu
mengajarkannya kepadamu. Atau....

2)Org yg engkau dpt ajarkannya sesatu drp urusan
agama-mu,lalu dia mahu menerima pengajaran
darimu

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a:
Katanya Rasullulah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya orang yang palingbesar pahalanya ketika menunaikan sembahyang ialah orang yang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke masjid. Seseorang yang menunggu untuk menunaikan sembahyang sehnggalah dia menunaikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang menunaikan sembahyang kemudian dia terus tidur.
~ Sahih Bukhari & Muslim ~