09 September 2006

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU


NABI MUHAMMAD SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah swt untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti nabi-nabi lain, umat Nabi Muhammad saw telah diperintahkan untuk mengerjakan lima waktu setiap hari.

Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah terhadap umat Nabi Muhammad saw di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika hari perbalasan kelak. berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam as iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam as pun sembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur kerana Baginda terlepas daripada kegelapan malam.

Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim as iaitu tatkala Allah telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail as. Seruan itu datang pada waktu gelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah.

Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus as. Tatkala Baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana Baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada empat kegelapan iaitu:

Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan

Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut

Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam

Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib Nabi Isa as iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya, Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa as. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Sumber dari : Halaman 71, Majalah Al-Islam, JUN 2005

Wahai orang-orang yang beriman
janganlah kamu menyangka buruk, Sesungguhnya prasangka itu adalah
berdosa dan janganlah
kamu mencari-cari kesalahan orang lain.

Hujurat : 12

SIFAT PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA

Sifat penghuni Syurga:
-Wajah yg manis & ceria
-Tutur kata yg sopan
-Hati yg lembut & bertaqwa kpd Allah
-Tangan yg dermawan

Sifat penghuni neraka:
-Wajah yg bengis dan muram
-Tuturkata yg keji
-Hati yg keras & ingkar terhadap Allah
-Tangan yg kedekut

Seorang Ulama' besar Hatim Ibn Asom berkata;
Empat perkara yg hanya diketahui oleh empat
jenis orang akan nilainya......

-Nilai kemudahan ~hanya diketahui oleh org yg tua
-Nilai kedamaian ~hanya diketahui oleh org yg
ditimpa bencana
-Nilai Kesihatan ~hanya diketahui oleh org yg sakit
-Nilai kehidupan ~hanya diketahui oleh org yg mati

Kata ulama':
"Janganlah kamu berkawan selain dari salah
seorang dari 2 org ini:"

1)Org yg engkau dpt pelajari drpnya sesatu
tentang urusan agama-mu,lalu dia mahu
mengajarkannya kepadamu. Atau....

2)Org yg engkau dpt ajarkannya sesatu drp urusan
agama-mu,lalu dia mahu menerima pengajaran
darimu

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a:
Katanya Rasullulah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya orang yang palingbesar pahalanya ketika menunaikan sembahyang ialah orang yang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke masjid. Seseorang yang menunggu untuk menunaikan sembahyang sehnggalah dia menunaikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang menunaikan sembahyang kemudian dia terus tidur.
~ Sahih Bukhari & Muslim ~

No comments: