11 July 2006

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan

di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu
membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil

sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang

pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap

wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil

pen dan menulis'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat

yang ditulisnya.


Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan

bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat

layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian

ayahmu, kemudian saudara-saudaran terdekatmu."


No comments: