11 July 2006

Ramai maut kerana kentut di Amerika WASHINGTON:

Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi

pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera

mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai bahaya

kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh mengakibatkan sakit kepala, gangguan pada

mata,

emfisema, lelah, bronkitis dan sakit jantung.

"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS mati disebabkan kentut dan

ramai lagi menderita penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada

keadaan itu,

" kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari kentut sebenarnya merosakkan kesihatan

orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut menyebabkan

800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar, 30,000 lelah dan 50,000 kes

sakit telinga,

Disebabkan masalah pemakanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika

menghidap kembung perut.

Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali

No comments: