07 June 2006

KISAH HIDUP KAMAL ATARTUK!

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal "Atartuk" iaitu
IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI Turki. Sama-samalah kita ambil
ikhtibar dari kisah ini. "Atartuk" merupakan gelaran Barat kpd beliau
sebagai "Bapa Pemodenan Turki".

1.. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2.. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan
topi (sesuai dengan kehendak barat)

3.. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di
Ankara.

4.. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden"

5.. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6.. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7.. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8.. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki.

9.. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan

10..Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11..Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12..Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
barat.

13..Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.

14..Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15..Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin.

16..Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam

17..Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.

18..Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila
salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?".
Oleh kerana takut, askar ;tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan".
Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau

sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang
Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah

1.. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.

2.. Sakit jantung

3.. Penyakit darah tinggi

4.. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-
pembantunyajuga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk
menyejukkan beliau. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang
ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung
jawab telah menghantar beliau ke tengah
lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas
itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang
memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan
selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta
ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di
bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak
menerimanya . Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan
dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap
dengar) Ankara selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung,
bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke
Bukit
Canakalee ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya
ditanam di celah-celah batu mar-mar.
Apa yang lebih menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!"

No comments: