22 June 2006

mutiara kata

  • Orang yang berbahagia itu ialah orang yang dapat menguasai hatinya, sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menakluki sebuah negeri -HUKAMAK-
  • Iman itu ibarat air laut yang kadangkala pasang dan kadangkala surut. Oleh itu berusahalah supaya iman kita terus bertambah. -HUKAMAK-
  • Orang yang beriman berada dalam masjid ibarat ikan di dalam air sedangkan orang yang munafik berada dalam masjid ibarat burung dalam sangkar -HADIS-
  • Tuntutlah ilmu tetapi jangan lupakan ibadah dan kerjakan ibadah tetapi jangan lupakan ilmu -HASAN AL-BASRI-
  • Aku melihat neraka pada malam Mikraj, isinya ialah bukan orang yang miskin dan fakir dari harta tetapi miskin dan fakir dalam ilmu -HADIS-
  • Orang yang ikhlas itu selalu menyedari bahawa benda yang paling berat ditimbang pada hari kiamat nanti adalah taqwa kepada Allah serta ikhlas kepadanya -ZAHID-
  • Keikhlasan itu rahsia dari rahsiaku. Aku simpan dia dalam hati orang yang cintai dari hamba-hambaku -HADIS QUDSI-
  • Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.
  • Jika azam dan semangat untuk belajar terus berkobar dalam hati maka tidak ada sebarang halangan yang boleh menghambat langkah seseorang daripada terus menguasai ilmu pengetahuan
  • Tidak ada penangguhan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan yang ditelan oleh seseorang. Mana-mana kemarahan yang dikawal, Allah akan penuhkan hatinya dengan keimanan. -HADIS-

No comments: