Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau
para sahabat.
Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid.
Ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan
masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang
berair.
Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan
beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih.
Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk
bersalin baju. Kali ketiga, dia rasa nak terjatuh lagi
tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk
menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke
masjid.
Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia.
Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?
Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia
menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut.
Syaitan menjawab, Aku menolong sebab aku takut dosa
orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa
engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan,
semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli
keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau
jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan
terampun. Sebab itu aku menolongmu.?
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang
yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum
ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah.
Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat
berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat
walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan
nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam
menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan
yang lebih kekal....
No comments:
Post a Comment