16 October 2006

TUJUH SUNNAH RASULULLAH YANG UTAMA


Pertama: Tahajjud.
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman dan keinsafan.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum kaki melangkah kemana pun, langkahlah kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjidNYA.

Keempat: Jaga solat Dhuha.
Kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhuk terus menerus.
Kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu’ senantiasa akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, diampuni dosanya dan disayangi oleh Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa akan dijauhkan Allah.

No comments: