keteg0ri lambretta..payah dh nk cr ni....
atas dan bawah ni mmg kegilaan peminat vespa...antik..kita0rg panggil "ayam bap0k"..NABI MUHAMMAD SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah swt untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti nabi-nabi lain, umat Nabi Muhammad saw telah diperintahkan untuk mengerjakan lima waktu setiap hari.
Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah terhadap umat Nabi Muhammad saw di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika hari perbalasan kelak. berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam as iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam as pun sembahyang dua rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda bersyukur kerana Baginda terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim as iaitu tatkala Allah telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail as. Seruan itu datang pada waktu gelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah.
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus as. Tatkala Baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana Baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada empat kegelapan iaitu:
Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib Nabi Isa as iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya, Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah semata-mata, tiada dua atau tiganya.
ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa as. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.
Sumber dari : Halaman 71, Majalah Al-Islam, JUN 2005
Wahai orang-orang yang beriman
janganlah kamu menyangka buruk, Sesungguhnya prasangka itu adalah
berdosa dan janganlah
kamu mencari-cari kesalahan orang lain.
Hujurat : 12
SIFAT PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA
Sifat penghuni Syurga:
-Wajah yg manis & ceria
-Tutur kata yg sopan
-Hati yg lembut & bertaqwa kpd Allah
-Tangan yg dermawan
Sifat penghuni neraka:
-Wajah yg bengis dan muram
-Tuturkata yg keji
-Hati yg keras & ingkar terhadap Allah
-Tangan yg kedekut
Seorang Ulama' besar Hatim Ibn Asom berkata;
Empat perkara yg hanya diketahui oleh empat
jenis orang akan nilainya......
-Nilai kemudahan ~hanya diketahui oleh org yg tua
-Nilai kedamaian ~hanya diketahui oleh org yg
ditimpa bencana
-Nilai Kesihatan ~hanya diketahui oleh org yg sakit
-Nilai kehidupan ~hanya diketahui oleh org yg mati
Kata ulama':
"Janganlah kamu berkawan selain dari salah
seorang dari 2 org ini:"
1)Org yg engkau dpt pelajari drpnya sesatu
tentang urusan agama-mu,lalu dia mahu
mengajarkannya kepadamu. Atau....
2)Org yg engkau dpt ajarkannya sesatu drp urusan
agama-mu,lalu dia mahu menerima pengajaran
darimu
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a:
Katanya Rasullulah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya orang yang palingbesar pahalanya ketika menunaikan sembahyang ialah orang yang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke masjid. Seseorang yang menunggu untuk menunaikan sembahyang sehnggalah dia menunaikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang menunaikan sembahyang kemudian dia terus tidur.
~ Sahih Bukhari & Muslim ~
Perghhh beruntunglah pada kalian yg dilahirkan sebagai seorang wanita, kalau tak bersyukur gak ngan macam ni punya banyak ganjaran berenti jer lah jadik pompuan ekekek
P/s- jangan merungut ketika membuat kerja rumah kerna itu merupakan ibadah yang pasti dibayar Allah dengan balasan pahala..
58 balasan pahala untuk wanita
Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.
1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari
neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke
atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba.Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati
suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya."
50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".
Siiru ala barakaatiLLah.
Al-faqirah ilallah
ok geng.. dah tahu
or berikan salam sepenuhnya... Perkataan 'AKUM' adalah
gelaran untuk orang2 yahudi untuk orang2 bukan
yahudi yang bermaksud ' BINATANG' dalam
bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U
Mazzalot' yang bermaksud ' HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2
SESAT'.. Pada zaman dahulu, orang2 Pagan menyembelih
binatang untuk bintang yang dianggap tuhan. Orang2 Yahudi menggelarkan
binatang itu AKUM sehingga nama itu lekat pula kepada orang2 bukan Yahudi kerana mereka dianggap seperti binatang dalam ajaran mereka. Adalah lebih baik jika kita
menggantikan perkataan akum tu kepada salam=peace dlm bahasa arab.. Namun adalah lebih afdal jika kita menggunakan Assalamualaikum w.b.t secara
keseluruhan
( tul ke nih ek )
wallahualam~..
Ramai maut kerana kentut di Amerika
Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi
pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera
mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai bahaya
kentut.
"Kentut, jika kerap dihidu boleh mengakibatkan sakit kepala, gangguan pada
mata,
emfisema, lelah, bronkitis dan sakit jantung.
"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS mati disebabkan kentut dan
ramai lagi menderita penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada
keadaan itu,
" kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.
Katanya, orang ramai mesti menyedari kentut sebenarnya merosakkan kesihatan
orang lain.
Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut menyebabkan
800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar, 30,000 lelah dan 50,000 kes
sakit telinga,
Disebabkan masalah pemakanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika
menghidap kembung perut.
Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali
Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan
di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu
membacanya.
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil
sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap
wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil
pen dan menulis'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat
yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan
bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat
layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian
ayahmu, kemudian saudara-saudaran terdekatmu."