21 November 2006

takziah

asssalamualaikum.....
terlebih dahulu aku mulakan dengan Al-fatihah untuk arwah abah kak retna..terkilan lambat tau n xdapat wish sebab xtau n0 tepun.......ape2 pun mari la kita semua bertafakur seketika dan membaca al-fatihah semoga Allah mencucuri rahmat keatas r0h abah kak retna.. amin.....
entry ni khas buat kak retna.....
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah


Ta‘ziah dari segi istilah bererti menyuruh seseorang dengan bersabar dan mendorongnya dengan pahala yang dijanjikan, memperingati daripada dosa, mendoakan bagi si mati dengan keampunan dan mendoakan bagi orang yang terkena musibah dengan mendapat penggantinya. (Mughni al-Muhtaj: 1/481)
Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menziarahi keluarga si mati atau orang yang terkena musibah. Amalan serupa ini amatlah digalakkan oleh Islam. Akan tetapi hendaklah diingat dan dijaga batasan-batasan dan etika yang diajarkan oleh Islam berhubung menziarahi keluarga si mati atau orang yang terkena musibah.
Hukum Ta‘ziah
Para fuqaha tidak berselisih pendapat dalam mengharuskan ucapan ta‘ziah kepada orang yang ditimpa musibah sama ada disebabkan kematian atau kebakaran dan sebagainya. Bahkan ta‘ziah itu sunat diucapkan kepada mereka yang ditimpa musibah, sebagaimana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
"Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan ta‘ziah pada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah Subhanah memberikannya pakaian daripada pakaian kehormatan di hari qiamat.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun ta‘ziah itu sunat diucapkan kepada ahli keluarga musibah pada keseluruhannya, sama ada terdiri daripada orang dewasa lelaki dan perempuan atau pun kanak-kanak yang berakal. Akan tetapi tidak boleh mengucapkan ta‘ziah itu kepada perempuan yang muda melainkan sesamanya perempuan, suami atau pun mahramnya. Ini kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah.

Waktu Dan Jangka Masa Ta‘ziah
Sunat mengucapkan ta‘ziah kepada ahli keluarga musibah sebelum dan selepas menguburkan si mati. Adapun lebih afdhal mengucapkan ta‘ziah itu selepas menguburkan si mati kerana kesibukan ahli keluarga pada menguruskan mayat si mati. Berlainan halnya jika ahli keluarga itu terlalu sedih dan resah sebelum dikuburkan mayat tersebut, maka afdhal didahulukan ta‘ziah itu bagi menghilangkan kesedihan dan keresahannya.
Ucapan ta‘ziah kepada ahli keluarga musibah itu, hendaklah tidak melebihi kira-kira tiga hari lebih kurang. Kerana dalam jangka masa tiga hari itu, ahli keluarga musibah pada kebiasaannya hati mereka sudah mula tenang dan tidak merasa sedih dan resah lagi. Oleh yang demikian, makruh mengucapkan ta‘ziah kepada ahli keluarga si mati selepas berlalunya tiga hari agar tidak menimbulkan lagi kesedihan mereka. Akan tetapi jika salah seorang di antara orang yang mengucapkan ta‘ziah dan orang yang diucapkan ta‘ziah itu tidak ada pada masa tersebut, maka harus diucapkan ta‘ziah itu selepas tiga hari.
Menyediakan Makanan Bagi Ahli Keluarga Si mati
Sunat bagi jiran dan kaum karabat yang jauh menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada ahlinya ketika mendapat khabar kematian Saiyidina Ja‘far bin Abi Thalib: yang maksudnya :
“Kamu buatkanlah makanan bagi keluarga Saiyidina Ja‘far, sesungguhnya telah didapati mereka itu kesibukan (atas kematian Saiyidina Ja‘far).”
(Hadis riwayat Tirmidzi)
Haram menyediakan makanan kepada orang yang meratapi si mati (niyahah), seperti perempuan yang meraung menangis sambil menampar-nampar pipinya dan merobek-robek pakaiannya. Ini kerana, orang yang menyediakan makanan untuk orang yang meratapi itu bekerjasama dalam maksiat. (I‘anah At-Thalibin: 2/165)
Adapun bagi ahli keluarga si mati itu sendiri adalah makruh menyediakan makanan dan mengumpulkan orang ramai bagi menjamu jamuan itu, kerana ia boleh menambahkan lagi kesedihan, kesibukan di samping menguruskan jenazah dan ia juga boleh menyerupai perbuatan orang jahiliah dan perbuatan ini juga adalah bid‘ah makruhah. Sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Jarir bin Abdillah Al- Bajaliy berkata yang maksudnya :"Kami (sahabat) mengiktibarkan berhimpun di tempat ahli keluarga si mati dan mereka (ahli keluarga si mati) membuat jamuan makanan selepas penguburan si mati: itu adalah sebagai satu niyahah (ratapan).”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Adapun jika jamuan makan yang biasa dilakukan itu bertujuan untuk mendapatkan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi si mati, maka tujuan itu adalah baik.
Akan tetapi jika ahli keluarga si mati itu memberatkan diri dengan berbagai-bagai makanan dengan tujuan ria’, bermegah-megah dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada ria’ dan bertujuan untuk meratapi si mati, maka itu adalah perbuatan orang jahiliah.

sambutan raya xybase technologies sdn bhd


entry ni penutup entry rayer la nih......
baru2 nih kompeni aku keja buat jamuan raya (cawangan trG)...jemput semua pengarah client syarikat... cam best je..tapi semua last minit..kalut..tah pe2.....sib baik jalan ngn baik.....aku nyambut tetamu..lama2 baru pasan..baju aku hampir sama ngn kaler alas meja daaa...ahakz....makan je keja....senak perut.....

bargambar kenangan...

kek raya.....2 biji..kuning n coklat..

budak hencem xybase..g0s0k jangan xg0s0k :p

habis sumbat singki....muahaha.....basuh jangan x basuh...

pemalunyer....... :p

p0sing lepas penat melayan....

0rg suruh isi makanan..bukan p0sing cik akak... :D

krg perasan x..aku makin kekurangan sesuatu..muahahaha... isk..

weh..ape nih kacau tempat menyambut tetamu nih...

makan puas2...nyammm2...

18 November 2006

bbq malam rayerrrrr.....


Aku xtau nak update ape….memandangkan musim rayer xabis lg aku letak je la gambar masa aku bbq malam rayer ek….
Memang tiap2 tahun aku buat bbq ngn mbr kat kmpg..tapi tahun ni aku join ngn bdk kat umah je……tgk cuaca pun smacam je..
Tp mmg ujan pun malam 2..mula2 ingat macam nak batalkan je..tp alang2 dah siapkan semua…..
Lg pun malam 2 ade agenda lain….muahahaha…kt0rang nak smbut besday member aku…pesta telur n tepung la… :)) ok la 2..masa blaja dulu..siap campur budu,p0y0k,air st0kin,kari,sirap…….yark….




lepak sebelum bbq.....

tunggu barang2 sampi......

ok....bakar...hu3....

asap..pedih mata....tapi wak2 ni ujan dh mula renyai2

cari tempat perlindungan..pond0k sempit...yang lain duk la bawah p0k0k... :))

nampaknye masih x berputus asa..ade ke 0rg buat bbq dalam ujan.. :))

terpaksa la ala kadar je..makan2

dh semua basah...mcangkung je la....

pinggang plak x cukup..syer2 la.....

cian krg makan dalam keadaan basah...

tapi xpe la......masa ni je malap ckit...jeng2........pesta dah nak bermula........

tepung + telur

nape g2 skali gayer aku... :))

umpangan mengena..ajak amek gambar....pas2...muahahaha
0h...sadis.....

nah amek muuuung... :))


ahakz.....ape salahku....


cian tul...xdapat lari...hu3

dh nak basuh pun kena lg...muahaha

jaga..ade budak nak mengamuk... ha3

gambar penutup......
tamat bbq rayer 2006

17 November 2006

:' )



Aku Bukan Untukmu

ROSSA

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Kasih....maafkan aku kerana terlalu mudah mengaku kalah..tewas sebelum berjuang.....tapi ketahuilah.....hanya kau lah satu cinta pertama ku...
Aku mengalah bukan kerana aku pengecut..tapi demi kebahagiaan kt berdua...kau pun tahu....restu itu penting.....walaupun kelak kan mendapat restu tapi aku juga takut andai perkara ini akan berbangkit.....aku xingin dijadikan penyebab kekesalan dikemudian hari...cinta x semestinyer dimiliki....aku pasrah...
Bukan mudah melepaskanmu....usia cinta kita bukan setahun dua..tapi....aku harap kau bahagia dengan pilihan mu..jangan sesekali kesal dengannya...usah dikenang cinta ilusi bersama ku dahulu...
tapi walau bukan lg kekasih...bagiku kita tetap teman tapi mesra........
Janjiku...sentiasa ada untukmu....

06 November 2006

kapas island

lama x update...ni saje2 aku nak letak gambar masa aku g berkhemah kat pulau kapas,terengganu ngn dak2 kustem..kat cna 3 hari 2 malam..enj0y je..best..main galah panjang...susun slipar...jungle tracking..myelam sana..menyelam sini....padal rumah aku dkat je kat pantai..xpernah2 pn nak mandi..kat cna lepas gian .....

hari pertama..nak bert0lak

tu cincang ke pe 2..besar2 nak bg sape tah makan.. :p

main galah panjang.....

sebelum masuk utan..jungle tracking

ahhh..penat tul...p0sing lu...

b0t sap0 la nih..

weh mizan..k0 nak angkat batu 2 buat aper...

tah ape tah mamat baju biru 2 tunjuk..

blakang aku 2 gua kelawar..bucukkk

ngemas nak balik

tunggu b0t pun sempat lagi p0sing...

19 October 2006

rayERRR


assalamualaikum........
salam kemaafan buat semua rakan2 bl0gger sempena kehadiran bulan syawal...
yang balik kampung..h0pe pandu la cermat..ingat yang tersayang....

18 October 2006

cara jalan wanita

ni sekadar citer je..terkena 2 btul la.. :)) tapi jgn la k0rng jalan depan cermin lak nak tgk gaya jalan guana...muahahahaha

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


Jika berjalan suka menunduk.

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


Jika berjalan menatap lurus ke depan.

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


Jika berjalan badan tampak tegak.

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah.


Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


"Sekadar ramalan... harap beri pedoman..."

16 October 2006

TUJUH SUNNAH RASULULLAH YANG UTAMA


Pertama: Tahajjud.
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman dan keinsafan.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum kaki melangkah kemana pun, langkahlah kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjidNYA.

Keempat: Jaga solat Dhuha.
Kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhuk terus menerus.
Kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu’ senantiasa akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, diampuni dosanya dan disayangi oleh Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa akan dijauhkan Allah.

15 October 2006

kisah kasih sayang.......

cube hayatinye........Sedih sungguh...sampai x perasan air mata menitis…hu3…xkan aku t’lalu emosi0nal k0t..tp try la k0rg baca…isk…

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.

Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kitA cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan> apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

btul x aku cakap...sedih x.... isk :p

12 October 2006

dia pergi tapi masih ada ~ fatimah


Dengan Nama Tuhan Syuhada dan Siddiqin Suku Arab yang paling besar adalah suku Quraisy. Kaabah berada di tangan mereka. Mereka terbahagi kepada dua keluarga; Bani Umayyah dan Bani Hasyim. Bani Umayyah adalah yang terkaya, tetapi Bani Hasyim yang paling terhormat kerana mereka pengurus Kaabah.


Abdul Muthalib adalah dari Bani Hasyim, tetapi dia telah mati. Anak lelakinya, Abu Thalib seorang pemimpin Bani Hasyim, tidak sebesar ayahnya. Perusahaannya jatuh rugi. Dia hidup dalam kemiskinan dan menyerahkan anak-anaknya untuk diasuh oleh para keluarganya yang lain. Saingan yang kuat datang dari suku kedua iaitu Bani Umayyah yang berusaha untuk mendapatkan kekuasaan, kekayaan dan kehormatan kaum Quraisy.

Pada saat yang sama, mereka berusaha mematahkan pegangan spiritual Bani Hasyim. Di kalangan Bani Hasyim, keluarga Muhammad telah meraih suatu kredit baru. Cucu Abdul Muthalib itu baru saja mengahwini Khadijah, seorang janda kaya Makkah. Ini memberikan kepadanya suatu kedudukan sosial yang lebih kuat.

Kedudukan peribadi dan personaliti yang ditunjukkan oleh Muhammad, kepercayaan dan kredibilitinya di mata masyarakat, terutama di kalangan Bani Hasyim dan para pemimpin Quraisy, membuatkan setiap orang sedar akan kenyataan bahawa dia memantulkan kehormatan Abdul Manaf dan pelindung kehormatan Bani Hasyim. Khususnya, mereka merasakan bahawa dia akan menjadi pembangkit kehormatan dan kemuliaan yang dahulu dipunyai Abdul Muthalib.

Hamzah seorang muda, seorang atlet, Abu Lahab adalah lelaki tanpa kredit. Abbas kaya, tetapi tanpa karakter. Abu Thalib terhormat, tetapi tanpa wang. Hanya Muhammad, bersama isterinya, yang mempunyai karakter. Dia juga masih muda. Mereka mempunyai harta dan merupakan dahan dari pohon keluarga Bani Hasyim. Perkembangan besar harus ditebarkan dari keluarga ini. Masing-masing sedang menanti putera-putera yang akan dilahirkan dari keluarga ini. Anak-anak lelaki yang akan membawa kekuatan, kredit dan kehormatan kepada keluarga Abdul Muthalib.

Tetapi anak yang pertama dilahirkan perempuan. Keluarga ini sedang mengharapkan anak lelaki. Anak yang kedua perempuan, Ruqayyah. Yang ketiga, perempuan, Ummu Kultsum. Dua anak lelaki, Qasim dan Abdullah, lahir. Tetapi mereka tidak berkembang kerana meninggal sejak kanak-kanak. Sekarang ada tiga anak di rumah itu, dan semuanya perempuan. Si ibu telah tua. Dia sudah berusia di atas enam puluh tahun. Dapatkah Khadijah, yang sudah hampir di penghujung usianya, melahirkan anak lagi? Harapan telah menjadi sangat samar. Ya! Kebahagiaan dan harapan sekali lagi memenuhi rumah itu. Kesempatan dan harapan terakhir bagi keluarga Abdul Muthalib telah tiba.

Tetapi, sekali lagi anak perempuan. Mereka menamakannya Fatimah. Kebahagiaan dan harapan suku Hasyim jatuh kepada suku Umayyah. Kebahagiaan musuh! Dengan membisikkan nama-nama buruk dan jeritan ‘Muhammad telah terputus’, lelaki yang merupakan mata rantai terakhir dalam keluarganya, mempunyai empat anak perempuan. Tak lebih. Betapa sedih. Alangkah indah dan asing permainan yang sedang dimainkan nasib. Hidup berjalan terus, dan Muhammad terbenam dalam badai dari mandatnya dan pengangkatannya sebagai Nabi Allah. Baginda menaklukkan Makkah dan membebaskan semua tawanan Quraisy.

Seluruh suku itu berada di bawah pimpinannya dan bayangannya menutupi seluruh Semenanjung Arab. Pedangnya mengganyang wajah-wajah para Kaisar di dunia. Nyanyiannya menggema ke seluruh langit dan bumi. Di satu tangan, kekuatan, dan di tangan satunya lagi kenabian; kehormatan penuh yang tak akan pernah masuk ke kepala orang Bani Umayyah, Bani Hasyim atau semua orang Arab dan bukan Arab. Dan sekarang, Muhammad adalah Nabi. Di kota itu, dipenuhi gelombang kebahagiaan yang penuh makna, baginda mempunyai kekuasaan dan kebesaran yang tak dapat dibayangkan manusia. Suatu pohon yang tidak tumbuh dari Abdu Manaf, tidak dari Bani Hasyim, tidak pula dari Abdul Muthalib, melainkan tumbuh dari suatu cahaya di bawah sebuah bukit, Hira’.

Ia merentang dari satu hujung padang pasir ke hujung lainnya, dari cakrawala langit ke cakrawala bumi. Hingga akhir masa, ia membumi dan akan meliputi semua masa depan hingga ke akhir sejarah. Dan lelaki ini mempunyai empat anak perempuan. Tetapi, tidak! Tiga di antara mereka meninggal dunia mendahului Nabi. Dan sekarang, baginda hanya mempunyai seorang anak, anak perempuan, yang termuda, Fatimah. Muhammad adalah ahli waris semua kehormatan keluarga itu, ahli waris suatu jenis kekayaan baru yang didasarkan pada darah dan tidak pada bumi, tidak pada wang melainkan pada fenomena wahyu.

Dilahirkan dari iman, jihad, revolusi, pemikiran dan kemanusiaan menjadi suatu tenunan indah. Dari nilai-nilai itu dia menerima roh yang tertinggi. Muhammad digabungkan pada sejarah umat manusia, bukan hanya pada Abdul Muthalib, Abdu Manaf, Quraisy atau bangsa Arab. Dia adalah warisan Ibrahim, Nuh, Musa, dan Isa. Dan sekarang Fatimah adalah satu-satunya ahli warisnya. إنّآ أعطيناك الكوثر * فصلّ لربك وانْحر * إنّ شانئك هو الأبتر Kami telah memberikan kauthar kepadamu, Muhammad. Untuk Penciptamu, dirikanlah solat dan korbanlah. Sungguh, musuhmu yang sangat dibenci itulah yang terputus (keturunannya). Dia, musuhmu dengan sepuluh anak lelaki itulah yang terputus, Dia tidak berguna, terputus tanpa bentuk penerima waris yang tertinggi. Kami memberikan kepadamu Kauthar — Fatimah.

Demikianlah revolusi muncul di kedalaman hati nurani waktu itu. Dalam sejarah Islam, Fatimah adalah sebuah nama yang mengingatkan kaum Muslimin pada sosok Nabi Muhammad SAW. Dia bukan lelaki gagah, melainkan seorang perempuan soleh dan berbudi luhur yang menyandang gelaran “Pemimpin Perempuan Seluruh Alam” (Sayyidatul Nisa’ al-Alamin). Dia seorang perempuan yang rajin solat, sehingga bengkak kakinya. Dia seorang perempuan yang suka menderma, bahkan di saat dirinya menahan lapar. Dialah Fatimah binti Muhammad SAW, isteri Ali bin Abi Thalib. Aisyah puteri Abu Bakar, yang diperisterikan oleh Nabi, melukiskan Fatimah sebagai “seorang yang paras dan tuturnya mengingatkan kita pada Nabi. Saya tidak pernah berjumpa dengan peribadi yang lebih luhur daripada Fatimah, kecuali keperibadian ayahnya," kata Aisyah memuji Fatimah. Fatimah lahir di Makkah. Tarikh kelahirannya diperdebatkan. Thabari, Ibn Ishaq dan Sirah Ibnu Hisyam mengatakan lima tahun sebelum kenabian Muhammad SAW. Mas’udi menyebut lima tahun setelah kenabian. Yaaqubi mengambil jalan tengah, tetapi tidak menyebutnya secara tepat dengan hanya mencatat, ‘setelah penerimaan wahyu’.

Jadi, ada suatu perbezaan pendapat para pencatat sejarah. Sehingga kini catatan kelahiran yang paling tepat adalah pada hari Jumaat, 20 Jamadil Thani, tahun kelima setelah kerasulan Muhammad SAW. (Kita tinggalkan pembahasan ini kepada para ilmuwan supaya mereka dapat memberi pencerahan kepada kita mengenai tarikh kelahirannya yang tepat). Dia dilahirkan dari rahim perempuan agung, Khadijah al-Kubra. Waktu melahirkan Fatimah, Khadijah menghadapi pemulauan daripada penduduk Quraisy. Saat dia memerlukan pertolongan persalinan, tidak ada seorang pun warga Quraisy yang mahu membantunya. Untunglah atas kekuasaan Allah, datanglah empat orang perempuan dari “zaman lain” yang menolong persalinannya.

Menurut riwayat, mereka adalah Sarah, ibunda Nabi Ishak as, Maryam, ibunda Nabi Isa as, Asiah isteri Firaun dan Ummu Kulthum, kakaknya Nabi Musa as. “Mereka semua duduk di sekelilingku dan merawatku sehingga puteriku Fatimah lahir," katanya menceritakan peristiwa itu. Apapun, yang penting kita menaruh prihatin kepada Fatimah sendiri serta realiti Fatimah. Sekarang, seorang anak perempuan menjadi pemilik nilai-nilai ayahnya, pewaris dari semua kehormatan keluarganya. Dia adalah kelanjutan dari mata rantai para nenek moyangnya yang agung, kelanjutan yang dimulai dari Adam dan melewati semua pemimpin kebebasan dan kesedaran dalam sejarah umat manusia.

Rantaian yang sampai kepada Ibrahim dan menggabungkan Musa dan Isa padanya. Yang mencapai Muhammad. Mata rantai terakhir dari keadilan Ilahi, renteten kebenaran yang absah itu adalah Fatimah, puteri terakhir dari suatu keluarga yang mengharapkan seorang anak lelaki. Muhammad telah mengetahui bahawa tangan-tangan nasib tersedia baginya. Dan, Fatimah juga telah mengetahui siapa dia sendiri. Ya! Akidah ini menciptakan revolusi semacam itu. Seorang wanita, dalam agama ini, harus seperti ini. Bukankah ini agama Ibrahim dan Fatimah itu ahli warisnya? Anugerah Kehormatan Untuk Seorang Wanita Tidak seorang pun berhak dikuburkan dalam sebuah masjid. Masjid terbesar di dunia adalah Masjidil Haram di Makkah. Kaabah, rumah milik Allah. Ia diabdikan kepada Tuhan.

Ia merupakan kiblat di mana seluruh solat di dunia terarah. Pembangunan rumah ini diperintahkanNya, dan Ibrahim melaksanakan. Itu adalah rumah di mana Nabi Muhammad diberi kehormatan untuk membebaskannya. Ia membebaskan ‘Rumah Kebebasan’ ini, tawaf mengelilinginya dan sujud menghadapnya. Semua nabi besar dalam sejarah adalah para pelayan rumah ini. Tetapi tidak ada nabi yang berhak dikuburkan di situ. Ibrahim membangunnya, tetapi dia tidak dikuburkan di situ. Muhammad membebaskannya tetapi dia tidak dikuburkan di situ. Dalam seluruh sejarah umat manusia, hanya ada satu orang yang diberi hak istimewa ini. Tuhan agama Islam menghormati satu orang dengan kehormatan untuk dikuburkan dalam rumah khususNya, untuk dikuburkan di Kaabah. Siapa? Seorang wanita. Seorang hamba. Hajar isteri Ibrahim, ibu Ismail.

Tuhan memerintahkan kepada Ibrahim untuk membangun rumah ibadat terbesar bagi manusia, dan di sisinya, kubur perempuan itu. Umat manusia harus berkumpul di sekitar makam Siti Hajar dan tawaf di sana. Tuhannya Ibrahim memilih seorang perempuan antara masyarakat manusia yang besar sebagai tenteraNya yang tak dikenal, seorang ibu dan dia seorang hamba. Dengan kata lain, Tuhan memilih suatu makhluk yang dalam semua sistem kemanusiaan, tanpa kemuliaan dan kehormatan. Anugerah Kehormatan Untuk Puteri Nabi Ya, dalam akidah ini, revolusi semacam itu terjadi. Dalam agama ini, seorang wanita dibebaskan secara itu. Beginilah Islam menghargai kedudukan wanita. Dan sekali lagi, Tuhannya Ibrahim telah memilih Fatimah.

Fatimah, seorang gadis, menggantikan seorang anak lelaki sebagai pewaris dari kejayaan keluarganya, memelihara nilai-nilai kehormatan dari nenek moyang mereka dan melanjutkan pohon keluarga dan kredibiliti. Dalam masyarakat yang menganggap kelahiran seorang anak perempuan sebagai suatu kehinaan yang hanya penguburannya hidup-hidup dapat menyucikan, di mana menantu terbaik yang dapat diharapkan ayahnya baginya adalah ‘kubur’. Muhammad mengetahui apa yang telah dilakukan takdir padanya, dan Fatimah mengetahui siapa dirinya.

Itulah sebabnya sejarah melihat dengan takjub pada perilaku Muhammad terhadap anak perempuannya Fatimah, cara baginda berbicara dengannya, dan cara baginda memujinya. Kita akan melihat rumah Fatimah di sisi rumah Muhammad. Fatimah dan suaminya Ali adalah satu-satunya warga yang tinggal di samping Masjid Nabi. Mereka berada di rumah yang sama kerana hanya ada satu halaman selebar dua meter yang memisahkan kedua rumah itu. Dua jendela saling berhadapan, terbuka dari rumah Muhammad ke rumah Fatimah. Setiap pagi Nabi membuka jendela lalu menghormati puterinya yang muda usia. Akan kita lihat apabila Nabi ingin melakukan perjalanan, baginda mengetuk pintu rumah Fatimah dan mengucapkan selamat tinggal padanya.

Baginda memberi salam dan menanyakan keadaannya. Dalam beberapa dokumen sejarah, tercatat bahawa Nabi biasa mencium wajah dan tangan Fatimah. Perilaku semacam ini lebih dari sekadar hubungan seorang ayah yang ramah dan puterinya. Seorang ayah mencium tangan puterinya, dan dia, puterinya yang termuda! Perilaku semacam ini dalam lingkungan seperti itu merupakan suatu pukulan revolusi bagi keluarga lain. ‘Nabi Muhammad mencium tangan Fatimah.’ Hubungan ini membuka mata orang-orang penting, kaum aristokrat dan majoriti warga Muslim yang berkumpul di sekitar Nabi dengan rasa takjub akan kebesaran Fatimah.

Perilaku semacam ini dari pihak Nabi mengajarkan kepada umat manusia dan kemanusiaan untuk datang dan membebaskan diri mereka dari kebiasaan dan fantasi sejarah dan tradisi. Mengajarkan kepada manusia untuk turun dari mahligai ala Firaun, menyingkirkan kesombongan dan penindasan kasar, menundukkan kepala apabila berhadapan dengan seorang perempuan. Mengajarkan kepada perempuan untuk mencapai kejayaan, keindahan manusiawi dan menyingkirkan rasa diri yang rendah dan jiwa yang hina. Tidak ada seorang pun di bumi ini, termasuk isteri-isteri baginda mendapat layanan istimewa dari Rasulullah SAW, kecuali puteri bongsunya Fatimah az-Zahra.

Baginda menunjukkan rasa sayang yang amat besar kepada Fatimah. Pernah suatu saat Rasulullah SAW bersabda; "Oh Fatimah! Allah tidak suka orang yang membuatkan engkau tidak senang dan Allah akan senang orang yang engkau senangi." Di saat yang lain, Rasulullah SAW mengingatkan; “Fatimah itu dariku, siapa yang membuatnya sedih, bererti membuatkanku juga sedih dan siapa yang menyenangkannya bererti menyenangkanku juga." Fatimah yang sangat mirip dengan ayahnya baik secara fizikal mahupun akhlaknya adalah seorang anak yang paling disayangi ayahnya dan sangat berbakti terhadap Nabi setelah ibunya meninggal dunia.

Dialah yang sangat besar jasanya ketika Rasulullah menghadapi tahun-tahun yang sulit dalam dakwahnya menyebarkan agama Islam, terutama peranan Fatimah dalam mengisi kekosongan jiwa setelah wafatnya Khadijah al-Kubra. Peranan yang menonjol ini, nantinya membuatkan Fatimah disebut sebagai “ibu dari ayahnya” (ummu abiha). Justeru itulah kata-kata Nabi bukan saja merupakan keramahan seorang ayah, bahkan membangkitkan rasa tanggungjawabnya dan kewajipannya yang tegas. Beliau menunjukkan penghargaan kepada Fatimah dan berbicara tentang dia dalam istilah penuh sanjungan; “Empat wanita terbaik di dunia; Mariam, Asiah (isteri Firaun), Khadijah dan Fatimah.” “Tuhan redha bersama keredhaannya, dan marah kerana marahnya.” “Kerelaan Fatimah adalah kerelaanku, kemarahannya adalah kemarahanku.” “Barangsiapa mencintai puteriku Fatimah maka dia mencintaiku. Barangsiapa membuat Fatimah redha, dia membuatkanku redha. Barangsiapa membuat Fatimah tidak senang, dia juga membuatkanku tidak senang.” “Fatimah adalah bahagian dari tubuhku. Barangsiapa menyakiti dia, bererti menyakitiku, dan barangsiapa menyakitiku (dia telah) menyakiti Allah.” Mengapa semua ini diulang-ulangi? Apa yang menyebabkan Nabi menekankan untuk memuji puterinya yang muda itu? Kenapa hingga baginda menekankan untuk memujinya di hadapan para sahabat? Mengapa beliau menghendaki semua masyarakat menyedari perasaan-perasaan khusus baginda kepadanya? Dan akhirnya, mengapa baginda begitu menekankan keredhaan dan kemarahan Fatimah? Mengapa baginda sedemikian sering mengulangi kata ‘menyakiti’ sehubungan dengan Fatimah? Jawapan untuknya sangat sensitif dan penting. Itu jelas.

Sejarah telah menjawab semuanya. Rahsia dari tindakan menakjubkan ini akan terungkap di masa depan yang dekat, dan beberapa bulan singkat setelah ayahnya wafat. Ummu Abiha Sejarah selalu berbicara tentang ‘orang-orang besar’. Anak-anak kecil selalu dilupakan. Fatimah adalah anak termuda dari keluarga Muhammad. Zaman kanak-kanaknya dilewati dengan badai. Fatimah tinggal di Makkah sendirian. Kedua abangnya meninggal ketika masih kecil, Zainab kakaknya yang tertua pergi ke rumah Abu al-‘Ash. Fatimah dengan pahit menerima pemergiannya. Kemudian giliran Ruqayyah dan Ummu Kulthum. Mereka berkahwin dengan anak-anak Abu Lahab. Dan Fatimah kecil menjadi lebih kesepian. Demikianlah halnya apabila kita mengatakan kelahirannya sebelum kenabian.

Apabila kita mengatakan selepas kenabian, maka pada hakikatnya sejak saat dia membuka matanya, dia sendirian. Awal kehidupannya bertepatan dengan tugas besar Nabi SAW. Masa yang penuh dengan perjuangan, kesulitan dan ancaman yang membayangi rumah Nabi. Sementara ayahnya menjalankan tugas menyedarkan umat manusia dan menghadapi permusuhan dari musuh-musuh manusia, ibunya mengurusi Sang Nabi. Dengan pengalaman awal kanak-kanak, Fatimah merasakan penderitaan, kesedihan dan kepongahan hidup. Kerana dia sangat muda, dia dapat bergerak dengan bebas. Dia memanfaatkan kebebasan ini untuk menyertai ayahnya.

Dia tahu bahawa ayahnya tidak mempunyai kehidupan sendiri untuk memungkinkan baginda memegang tangan puterinya, berjalan dengan bebas di sepanjang jalan dan pasar. Baginda selalu sendirian. Dalam gelombang permusuhan itu, baginda berenang dengan bahaya dari semua sudut. Gadis kecil itu, yang mengetahui nasib ayahnya, tidak pernah membiarkan baginda berjalan sendiri. Sering dia melihat ayahnya berdiri di tengah kerumunan orang. Baginda berbicara kepada mereka dengan lembut, namun mereka mengusir baginda dengan kasar. Satu-satunya jawapan mereka adalah mengejek dan memusuhinya. Baginda dicekik rasa sepi dan tidak berteman lagi. Tetapi dengan tenang dan sabar, baginda menyeru kelompok lain walaupun penuh lelah dan tanpa hasil.

Sejarah memperingatkan kita bahawa pada suatu waktu ketika baginda masuk ke Masjidil Haram, baginda dimaki dan dipukul. Namun Fatimah gadis kecil berdiri sendirian dekat tempat kejadian itu, memperhatikan dan kemudian pulang bersama ayahnya. Di hari lain ketika baginda sujud di masjid dan musuh-musuhnya melempar perut kambing, tiba-tiba Fatimah kecil mendekati ayahnya, memungut najis haiwan itu lalu membuangnya. Dengan tangan-tangan kecilnya yang penuh kasih, dia membersihkan kepala dan wajah ayahnya, menghibur beliau, lalu kembali ke rumah mereka. Orang yang melihat gadis kecil kurus yang lemah ini, sendirian, di sisi ayahnya yang pejuang, melihat betapa dia menghibur baginda. Dia mendokong Sang Nabi sepanjang kepahitan dan penderitaan hidup. Dengan perilakunya yang murni, dia menaruh simpati kepada Nabi.

Dia merawat dan menghiburkan Rasulullah. Kerana inilah dia dinamakan Ummu abiha, ibu dari ayahnya. Epilog Fatimah hidup seperti itu dan wafat seperti itu. Setelah wafatnya, dia memulai suatu kehidupan baru dalam sejarah. Fatimah muncul sebagai suatu payung suci di wajah-wajah semua orang tertindas yang kemudian menjadi jamaah Muslim yang besar. Semua orang yang telah diceroboh haknya, yang diperas, yang tertindas, yang menderita, yang hak-haknya telah dihancurkan dan dikorbankan dengan tekanan dan tipuan telah membawa nama Fatimah sebagai slogannya. Kenangan kepada Fatimah tumbuh dengan cinta, emosi dan keimanan yang menakjubkan dari para lelaki dan wanita yang sepanjang sejarah Islam berjuang untuk kebebasan dan keadilan.

Sepanjang abad mereka dipelihara dengan sebatan berdarah yang tak kenal belas kasihan oleh kekhalifahan. Teriakan dan kemarahan mereka tumbuh dan melimpah dari hati mereka yang terluka. Itulah sebabnya maka sejarah bagi seluruh umat Islam dan mereka yang hak-haknya diragut, Fatimah adalah sumber inspirasi bagi kebebasan, hasrat, para pencari keadilan, orang-orang yang melawan penindasan, kekejaman, kejahatan dan diskriminasi. Amat sangat sulit untuk berbicara tentang keperibadian Fatimah. Fatimah adalah wanita yang dijadikan simbol oleh Islam agar dicontohi. Konsep pandangannya dilukiskan oleh Nabi SAW sendiri. Baginda meleburnya dan memurnikannya di api kesulitan, kemiskinan, perjuangan, pemahaman yang mendalam dan keajaiban manusiawi.

Dia adalah simbol dalam segala dimensinya sebagai wujud seorang wanita. Simbol seorang puteri apabila menghadapi ayahnya. Simbol seorang isteri apabila menghadapi suami. Simbol seorang ibu apabila menghadapi anak-anak. Simbol seorang wanita bertanggungjawab, wanita yang berjuang apabila menghadapi zamannya dan nasib masyarakatnya. Dia adalah suatu teladan ideal wanita yang memikul kesaksian yang ingin menjadi ‘dirinya sendiri’ melalui pilihan sendiri. Dia menjawab pertanyaan tentang bagaimana menjadi seorang gadis kecil yang berjiwa besar, remaja yang mengisi makna hidup, isteri yang mencintai dan ibu yang mencetak keluarga dengan warna mithali. Lebih dari itu menjadi seorang manusia maksum yang dengan kefaqiran jiwa terdalam menggapai Tuhan, Tuhannya Fatimah, lambang keperibadian dan kembang cinta yang sungguh menakjubkan.

10 October 2006

Hati Seorang Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap
wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang
terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah
ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki." Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus
menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya
lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi
berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok?
Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar
bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan
menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan,
mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-
olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan
kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian
kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga
serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa
akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap
nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia
mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya
pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram
hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan
demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua
orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan
membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi
mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi
apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan
rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta
sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat
dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling
menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk
memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan
kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki
itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan
menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga
bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan,
bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh
keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta
segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin
keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat
dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan
yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan
berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya
yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam
dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."




Nota :

Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk
membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan
tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah
selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.

GIGI palsu..........

Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.

Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membahagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja.

Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata:
"Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?"Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.

Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ? "Si Nenek menjawab; " Tidak terimakasih.." Terus si Anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?"Kata si Nenek " Saya sedang menunggu gigi..........giliran saya selepas datuk.....!

ahakz...klu gni la ek..krG rasa guana..cinta sejati or.............................

Nuzul Al-Quran: Peristiwa Penting Dalam Sejarah Islam

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran. Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

Sememangnya tradisi ini sangat mengembirakan kerana, dengan adanya peringatan yang demikian menunjukkan bahwa umat ini mempunyai ghairah terhadap kehidupan Islam. Dan peringatan itu sendiri tidak lain merupakan manifestasi daripada "mahabbah" (cinta) terhadap Al-Quran. Insyaallah, peringatan seperti ini lambat-laun akan membuahkan semangat untuk mengamalkan kembali segala ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran itu.

Bila dan bagaimana Al-Quran diturunkan.

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw. Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan. Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu:

"…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41)

Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran. Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut).

" Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41)

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi

kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah. Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq. Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Fungsi Al-Quran

Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:
Pertama: Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad saw.
Al-Quran inilah bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, dan bukan ucapan atau ciptaan nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah saw telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Dan kita dapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran tingkat tertinggi fashahah dan balaghahnya. Hal ini tidak lain adalah kerana Al-Quran sememangnya adalah suatu mukjizat (yang mustahil dapat ditandingi).


Jika kita meneliti ayat-ayat cabaran yang Allah SWT wahyukan di dalam Al-Quran daripada sudut dan konteksnya sebagai suatu mukjizat, maka kita akan dapati bahawa Rasullulah saw telah mencabar orang-orang Arab agar mereka menandingi kehebatan Al-Quran di dalam tiga peringkat (rujuk Manna' Khalil Al Qatthan, Studi Ilmu-ilmu Qu'ran, hal 372):
Cabaran peringkat pertama. Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya. "Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (TTQ 17 : 88)

Cabaran kedua. Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya: Bahkan mereka mengatakan "Muhammad telah membuat-buat Al-Quran." Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah" (TTQ 11 : 13-14)
Cabaran ketiga. Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana firmanNya: "Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya" (TTQ 10 : 38)

Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya: "Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…" (TTQ 2 : 23 )
Kedua: Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum politik negara (Al-Hukm), sosial (Ijtima'i), pendidikan (Siyasah Ta'limiyah), pidana (Hudud), pengadilan (Uqubat), akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya. Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya sesuai dan memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Dan keberkesanan dan kemampuan syariat Islam dalam menangani segala aspek permasalahan manusia ini sememangnya tidak dapat dinafikan kecemerlangannya.

Kemanpuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi. Inilah yang akan terjadi di masa hadapan, insyaallah! Sebab, kesejahteraan hidup yang dikecapi umat manusia dan keadilan yang mereka rasakan lantaran diterapkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah melalui Al-Quran dan Sunnah di bawah kepimpinan khalifah, (Khilafah 'ala minhajin Nubuwwah) menjadi daya penarik yang paling dominan terhadap umat-umat dan bangsa-bangsa non-muslim untuk meninggalkan sistem hidup dan perundangan mereka yang rapuh dan usang, serta kezaliman para penguasa mereka yang hanya mementingkan kelompok dan partinya sahaja.

Bangsa-bangsa non muslim itu akan secara beramai-ramai masuk Islam setelah mendengar dan melihat sendiri kesejahteraan hidup dibawah naungan syariat Islam (TTQ An-Nashr). Sudah semestinya hal ini tidak seperti yang telah digambarkan di dalam propaganda palsu para pembenci Islam. Juga setelah adanya jihad yang dilancarkan para mujahidin ke negeri-negeri (orang-orang kafir) untuk melepaskan belenggu-belenggu yang selama ini memasung kehidupan mereka. Bahkan mereka yang kufur akan dapat menyaksikan sendiri keindahan dan kemanisan kehidupan di bawah penerapan sistem Islam di dalam masyarakat yang hidup di bawah naungan khilafah, dengan mengunjungi negeri tersebut.

Kandungan (isi) Al-Quran.

Sudah dimaklumi oleh kaum muslimin bahawa Al-Quran terdiri daripada 114 surah (86 surah Makkiyah, 28 surah Madaniyah), dengan jumlah ayat seluruhnya adalah 6236 ayat (4613 ayat Makkiyah dan 1623 ayat Madaniyah). Isi ajaran yang tercantum pada Al-Quran sesungguhnya meliputi tiga fasa iaitu:
merupakan cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan bumi dan sebagainya),
peraturan masa kini (tatkala Al-Quran diturunkan) dan
peraturan untuk masa hadapan (sejak masa Rasullullah saw, masa kini dan seterusnya hari kiamat).
Secara keseluruhannya, Al-Quran berisikan peraturan hukum berkaitan dengan masalah aqidah, ibadah, muamalah, akhlak, hukum-hukum dan sebagainya.


Al-Quran dan perubahan yang terjadi.

Sebelum turunnya Al-Quran manusia (khususnya di Benua Arab) secara amnya hidup di dalam kepelbagaian ragam kepercayaan, kebudayaan dan etika. Dan kemudian Al-Quran diturunkan dengan membawa rahmat perubahan. Antaranya ialah:

1. Bidang Akidah: Melalui pernyataan yang dibawa oleh Al-Quran tentang tuhan itu Esa dan Tunggal, maka kepercayaan bertuhan banyak (politheisme) menjadi gugur (tidak diakui oleh Islam). Sebab tidak ada tuhan selain Allah SWT, dan Dialah Yang Maha Pencipta alam semesta ini. Kepercayaan seperti ini dinamakan tauhid.

2. Bidang Ibadah: Al-Quran datang dengan petunjuk bahawa yang berhak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Dia Yang Tunggal, pencipta manusia dan alam semesta. Al-Quran dengan petunjuk yang demikian, melarang keras beribadah kepada patung, berhala, matahari, bulan atau selain Allah SWT. Sebab, tidak ada sekutu bagiNya.

3. Bidang Akhlak: Al-Quran memberi petunjuk dan garis pemisah tentang kriteria antara akhlak yang baik dan terpuji dengan akhlak yang buruk dan tercela. Masalah-masalah pembunuhan, perzinaan, perjudian, pencurian dan merampas harta orang lain, tidaklah masuk dalam wawasan akhlak, justeru masalah-masalah tersebut termasuk kedalam tindakan jenayah dan pembuatnya wajib dijatuhkan hukuman.

4. Bidang Siyasah (Politik): Al-Quran dan sunnah Rasul (Al Hadits) tidak mengakui kedaulatan umat atau penguasa. Kedaulatan menurut kedua sumber tersebut dan sumber lain yang diakui kaum muslimin adalah milik Allah dan RasulNya. Hanya 'kekuasaan pemerintahan' sajalah yang dimiliki umat. Dan di dalam Islam tidak diakui (tidak ada) 'Sistem Kerajaan' atau Aristokrasi. Pemerintahan Islam adalah 'Negara Kesatuan', bukan 'Negara Bahagian'. Inilah salah satu contoh yang pernah terjadi dahulu semasa kekhilafahan masih berlaku, dan ia bukan sekadar perbandingan teoritis tetapi merupakan sebuah peraturan yang terbukti di dalam kenyataan kehidupan.

5. Bidang Ekonomi: Al-Quran (dan Sunnah Rasul) telah memberikan batasan pemilikan bagi individu, masyarakat dan negara. Telah ditentukan apa yang boleh dimiliki oleh individu dan apa yang tidak. Juga telah ditentukan tentang pemilikan sesuatu (benda) yang bersifat umum, tidak boleh dimiliki oleh per individu, seperti laut, sungai dan lain-lain. Peraturan yang terdapat pada Al-Quran (dan Sunnah Rasul) memberikan petunjuk pelaksanaan tentang jaminan pemenuhan keperluan asas setiap individu menurut kadar dan dalam keadaan seadil-adilnya.

Penutup.

Itulah serba ringkas hal yang dapat dipaparkan kehadapan para pembaca tentang segala sesuatu mengenai Al-Quran sehubungan dengan peringatan Nuzul Al-Quran. Di sini hanya dapat dikemukakan beberapa contoh sahaja sebagai bukti bahawa Al-Quran telah berhasil mengubah umat manusia di masa lampau. Hanya Al-Quranlah yang akan tetap mampu mengubah umat manusia masa kini dan masa hadapan. (hal ini sebenarnya adalah wajib diyakini oleh kita, kaum muslimin).

03 October 2006

VIRUSSS!!!!!

baru² ni aku terkena virus dari shai...hu3...xjawap nnt xleh...sifu...derhaka nnt ilmu lari......he3...hai shai...maaf...terlewat mjawap s0alan shai...

1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?

Dah tentu la ngan family tersayang…tp xsahur..ms 2 dlm bas..lena sgt smpi xpasan bas brenti…hu3..blk dari kL..ingat nak bukak kat kL je ari pertama..tp mak dah tepun awal²….blk umah..he3….sib baik tkt ade..

2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?

Ala kadar je…baju melayu sepasang…songk0k…2 jela….

3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?

mmmm….tah la….tiada tempat plg best mlainkan umah gue……..masakkan mak d best……

4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel?

Tgk la..klu ade yang ajak…majlis²…saje² x yah la….prabis duit je..he3….smpn tuk menghadapi serangan anak² buah time raya nnt lg bgs..

5) Adakah anda suke menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?

Dah tentu….walau canggih guana pn..kad raya suatu kemestian tuk sahabat handai….2 je pengerat silatulrahim…

6) Oleh itu kirimkan lah Kad raya anda kepada kilyzz
di alamat berikut :-

ZULKIFLI BIN MD RUSHDI
D1/90 TAMAN MEDAN JAYA, RUSILA
21080 MARANG
TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN

slamat myambut RAMADHAN..

assalamualaikum....
x sangka aku..begitu pantas masa berlalu ek...tiba² dh p0ser.....umur pn makin meningkat...banyak benda lg yang mahu buat n kena buat..arghhhhhh......
tp zaman makin berubah....suasana pun berubah..
ingat masa budak² dulu bila time p0ser...sr0n0k sgt....masa sahur n berbuka je la....bila dah ke tgh hari ckit..mula lah ke dapur..tgk pe² yang patut..ahakz...org terengganu pgl p0ser nyam yuk..puasa dalam periuk....
takut mak marah amek mknn pelan² buat masuk dalam blik...mmmmm...best....lps 2 kuar buat² lapar....he3....
tp pelik la..tiap kali ponteng mak mesti tau...xtau la samada aku ni x pandai berlakon or pe..kadang² aku p0nteng kat luar pn..balik mak tau jgk..pening sampai aku takut nak tgl p0ser....he3..teringin nak tnya mak..mcm mne dia tau...mulut dah cuci..bibir dah lap..tau jgk.....tp malu la plak nk tanyer.... 2 ms bdk² la...dah besaU ni x la....sakit pn xkn tgl sb malas nk ganti blk..seksa.....
trawih...org pergi kt pergi...org balik kt balik....tp x s0lat pn..g main mercun....kadang kena kejar di pak lebai...sib baik x tcabut kain dia kejar kt0rg..ahakz..bila ingat muka t0k lebai 2...sampai skrg pn gelak....yer la...org d0k solat ktorg main mercun..ape tak marah..sama naik ngn t0k iman baca dalam s0lat la plak..
ny0rot dalam semak...org lalu tembak ngn pist0l...sggp tgu dalam semak w.pn dengan nyam0knyer n bagai...kena mak cik yang melatah lagi la sr0n0k..he3....
tp klu suruh skrg xingin aku..dengan ular pn ade kat c2..tp 2 la...budak²..sronok xkira tempat....

bila dh besaU ckit knal meriam buluh..hu3...best..tp stakat ni aku n geng² main alhamdulillah..xde lg cedera..tah la..aku pn pelik cam mne org main leh cedera..bkn nak cakap besaU tp kt0rg dulu main penuh dengan safety....2 yang Alhamdulillah xde pe²...tp rugi dak zaman skarg coz nikmat meriam buluh xterkata...boleh dpanggil perang antara kampg pn blh masa 2...kt0rg bukan stakat buat ngn buluh tp ngn batang paip besi...perhhhhhh..bunyiIIII.....mmg xingat..gempak satu kmpg.......
time gni tokey hardware kaya la...asek beli kabaik(tah la..aku pn xtau eja dia guana...he3...) je kt0rg..
tp w.pn suasana dh berubah..tp kemeriahan ttp ade...bdk² cara bdk²...kt cara kt...x g2 kwn².....

pe² pn hope masih blm terlewat w.pn dh seminggu lbh...


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
DI BULAN RAMADHAN AL - MUBARAK NIH....
ikhlas dari kilyzz....
poser...jangan x poser......

12 September 2006

Gerakan memurtadkan 0rg melayu islam



Sejarah telah mencatitkan bahawa kemegahan dan keagungan islam mula dicarikkan sedikit demi sedikt bersama keruntuhan Daulah Islamiah Uthmaniah pada tahun 1942. mutakhir ini gejala murtad mula menyerang 0rang² islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakkan yang terlibat ialah anak² yang kurang pendidikan agama. Antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh org melayu (murtad kepada agama lain) ialah hindu, kristian dan budha, di mana agama kristian merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa. Manakala mereka yang mertad kepada agama hindu dan budha hanya melaui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang.

Sejarah telah menunjukkan proses kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 masehi lagi. Sekiranya kita melihat kota Melaka kita akan mendapati di sana terdapat banyak gereja² yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama kristian di Malaysia. Di salam Kpta Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka yang berdiri megah dalam A FAm0sa.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapus saki baki gerakan tersebut. Tatapi peristiwa Natrah menggugat sentiment orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat islam tercabar. Peristiwa tersebut menjadi catatan sejarah penting umat islam itu amat melukakan hati umat islam. Tapi yang menyedihkan apabila Kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannyar iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh.

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40” kerana Malaysia salah satu negara yang terletak dalam garis lintang 10 dan 40 peta dunia ( sumber : berita harian 4 feb 1997). Malah di dalam sebuah lap0ran utusan Malaysia bertarikh 3 feb 1997, Jabatan Agama Johor bersama – sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran kristian dalam bahasa melayu. Buku² tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Salah satu taktik kafirrun…


4 kes murtad anak melayu

Peristiwa Jamaluddin @ jeshua othman (1987) daripada Jalan Daud, Muar, Johor merupakan titik tolak kepada dakwah terang – terangan kristian setelah kian lama berselindung disebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut jushua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana menyumbatnye dalam ISA atas alas an menyebarkan dakyah kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak melayu telah berjaya dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alas an undang² kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari l0kap ISA. Pemimpin kristian melayu tersebut akhirnye telah dibebaskan.

Pada tahun 1996 hartina kamaruddin daripada Kampar Perak telah murtad kerana mengikut agama suami berbangsa India bernama rajeswaran. Hartina telah menunjukkan surat² sumpah kepada keluarga bertarikh 1 sept 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak lg mempraktikkan agama islam lg dan telah menukarkan namanyer kepada nivashiny rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh pada 24 mac 1996

Pada tahun 1997 umat islam dikejutkan lg dengan kes murtad n0r aisyah bokhari daripada pontian. Johor yang berkahwin lari dengan se0rg pemuda bukan islam berbangsa cina. Nor aisyah adalah lulusan diploma in banking dari itm bekerja disebuah bank Jalan Ampang merupakan se0rang yang warak, anak seorang iman dan mampu menghafal surah yassin. Beliau telah lari daripada rumah di pontian dan dipercayai telah dimurtadkn kerana mengikut ajaran suami…

Pada tahun 1998 azlina jailani berbangsa melayu keturunan jawa telah dimurtadkan dan menukar namanye kepada lna j0y. ayahnye bernama jailani bin sharif dan ibu bernama kalthum bin omar. Azlina telah mengistiharkan tidak mempraktik agama islam sejak lahir, beragama islam sepenuhnye sejak tahun 1990. mempunyai sijil baptis dari gereja baptis our lady fatima di brickfields dan pada tahun 200 telah menyatakan ingan mengahwini seorang lelaki India beragama kristian.
HARI INI ORANG MELAYU TIDAK BOLEH LG BERDIRI MEGAH MENYATAKAN MELAYU ISLAM. SEKARANG BANGSA MELAYU TIDAK LAGI AGUNG DISISI ALLAH MELAINKAN MEREKA YANG BERIKTIKAD DI DALAM JIWA DENGAN DUA KALIMAH SYAHADAT. KALAU DULU SERATUS PERATUS MELAYU ADALAH ISLAM, TETAPI SEKARANG MALU RASANYA KALAU HENDAK MENGAKUI BEGITU LAGI…
RASULULLAH MENUMPAHKAN DARAH DAN KERINGAT UNTUK AGAMA HINGGA TERCABUT GIGI DI L0NTAR BATU DENGAN SERIBU PENGHINAAN TAPI UMATNYE ZAMAN SEKARANG BEGITU DAIF….BANGKIT LAH WAHAI UMAT MUHAMMAD…..
ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR…..



“ barang sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu dia mati maka jadilah dianye itu kafir di dunia dan terhapuslah segala amalannyer di dunia dan mereka menjadi penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnyaselama²nya ”
Surah AL-BAQARAH ayat 217



Strategi musuh islam

Mempengaruhi umat silam melalui industri fesyen dan hiburan
Menjual prodak yang haram disisi islam
Melahirkan mubaligh di kalangan orang melayu
Menggoda gadis dan pemuda islam untuk bercinta dan berkahwin dengan penganut mereka
Menuntut kebebasan murtad
Penyebaran injil/alkitab dalam bahasa melayu
Mewujudkan ng0² seperti ifc


Tindakan anda

Membeli prodak yang disahkan halal
MENINGKATKAN PENGETAHUAN TERHADAP ISLAM
Mendekatkan diri dengan organisasi islam
Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan
Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Menjauhkan diri dari program hiburan yeng tidak berfaedah
Sentiasa mengambil tahu hal ehwal umat islam
MENJAGA SOLAT 5 WAKTU




*p/s : artikal ni aku amek masa aku g kdai nset…so aku tlg la sebarkan dalam bl0g nih….sape² yng nak sebarkan copy la….tq..
HIDUP ISLAM…

vespa 1

baru² ni aku ada join dak² vespa conv0...kat terengganu mmg tiap² tahun ada buat pertandingan vespa kebangsaan sempena MERDEKA...gempak jugak kat cna..peyertaan terlalu banyak smpi pengadil pn pening nk buat keputusan...paling menyer0n0kkan masa konv0i ramai²..macam² kes la yang leh teng0k..ada tayar tercabut la...ekz0s jatuh la...ahakz..dh namanyer antikkan...tp best tgk muka cuak diarg time tuh...gelak mmg sampai tahap pecah perut la...
yang j0in team 0rg lama (org tua²) plak lg la nanyer...bayangkan(pejam mata tau...bayangkan nih) perjalanan patut xsampai 1 jam jd berjam² c0z berenti hisap r0k0k la..minum air la...buang air la...ni la..2 la...rasanyer xterkira betapa bnyaknyer tempat drg berenti....dh la bwk ala² p.ramlee d0k ng0rat sal0ma...hu3tp kesimpulannyer...best.....c0z lama xj0in drg n pengalaman........




















posing sebelum blk..
















ayam bap0k tunggangankU.......















berenti rehat jap..panas giler ari tuh..
















ops mak msg suruh beli gula...aiseyyyy....
hu3















jejaka vespa..berkenan sila hubungi 911..

cepat² pakcik nak amek gamb0r nih......

anak² sape la nih..terbi0r..sape² yang rase

knal leh kontek kt0rg..xltk gmbr nih nangis lak krg..